Letakkan hujung jari anda pada kunci-kunci yang diwarnakan biru(lihat gambar). Penempatan jejari ini ialah kedudukan asas untuk penaipan sentuh, di mana ia mudah untuk menekan semua kunci-kunci yang lain.
Setiap jari bertanggungjawab untuk kunci-kunci sepenjuru dengannya – di atas dan di bawah. Misalnya, jari yang terletak di 'D' juga bertanggungjawab untuk 'E' dan 'C'. Jari di abjad 'F' dan 'J' juga bertanggungjawab untuk urutan abjad-abjad disamping mereka (dalam sebuah bentuk pepenjuru) – misalnya, 'F' bertanggungjawab untuk 'R' dan 'V' dan juga untuk 'T', 'G', dan 'B'.
Kedudukan asas jejari boleh didapati dengan mudah tanpa melihat papan kekunci kerana terdapat benjolan pada kunci berabjad 'F' dan 'J' (cuba letakkan jari di abjad ini dan rasakan sendiri) Di bawah kotak teks, anda dapat melihat jari yang tertera, dan jika terdapat kesilapan imej akan menjelaskan butang apa yang perlu ditekan untuk membetulkannya.
Sebagai permulaann, sehingga pelajaran 14, kita akan belajar menaip dengan cara satu turutan abjad tidak bermakna; ini ialah supaya berlatih penggunaan yang betul kedudukan asas sebagai perlu untuk menaip semua abjad dan simbol. Di tahap lebih tinggi, kita akan mara kepada teks mudah difahami. Perhatikan bahawa berlatih dengan teks mudah difahami penting untuk kejayaan anda.
Teks mudah difahami boleh ditiru dari sebarang laman web atau fail. Teks harus ditampal ke dalam kotak teks (anda boleh menyalin dan melekatkan teks dengan memilih teks yang dikehendaki dan klik butang kanan tetikus). Anda juga boleh berlatih pelajaran 15 yang disertakan dengan teks mudah difahami.
Selepas belajar menaip teks dengan penaipan sentuh, ia berguna untuk mengukur kelajuan menaip. Fungsi ini membolehkan penyukatan tepat kelajuan menaip. Perhatikan bahawa jumlah perkataan per minit menunjukkan kadar penaipan anda.